Sunday, February 1, 2009

ODER AYAM ORGANIK UNTUK LEMBAH KELANG DAN KAWASAN SEKITAR HANYA DENGAN SMS

Posted by usahawan009@gmail.com

Assalamualaikum wbh,

Berita baik untuk Penggemar Ayam Kampung Organik* kawasan Lembah Kelang*!

Kini anda tidak  perlu bersusah payah lagi untuk keluar dari kediaman anda untuk mendapatkan bekalan ayam kegemaran anda kerana kami akan menghantarkan terus ayam segar diambil dari pengeluar pada hari yang sama ayam dihantar kepada anda, insyaAllah.

 

Kenapa Ayam Organik?

1. P e m a k a n a n.

 Ayam tersebut diberi makanan ekstrak herba iaitu,Habbatus Sauda,Halia,Pandan,Kunyit,Limau Purut.Bahan-bahan  tersebut merupakan bahan antioksida dan antikanser yang dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

2. K a w a s a n  t e r n a k a n

Ayam dibiarkan bergerak bebas diatas tanah yang luas bagi membolehkan ianya mendapat sinaran cahaya matahari dan udara segar serta menggunakan otot-ototnya untuk mencari makanan sendiri seperti cacing,rumput dsbnya,dengan itu dapat menghasilkan  daging yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.

3. C a r a  d i t e r n a k

Dari awal pagi diperdengarkan azan,bacaan quran serta nasyid,menjadikan penternakan berasaskan quran ini menjadikan ayam ini lebih santai dan menghasilkan daging yang enak dimakan.

4. A i r  m i n u m a n

Ayam diberi minum air bersih dari bawah tanah bebas klorin

5. S u n t i k a n

             
Tanpa penggunaan antibiotic & kimia, tidak menggunakan hormon tumbesaran,tanpa Beta Agonist dan Salbutamol,tanpa protein binatang yang diharamkan Islam.

6. T e m p o h  m a t a n g

 Ayam dibiarkan membesar secara semulajadi,biasanya mengambil masa 6 bulan untuk mendapatkan ayam yang boleh dijual kepada umum.

7. C a r a  d i s e m b e l i h

 Disembelih menggunakan tangan satu persatu oleh tukang sembelih yang bertauliah mengikut Syariat Islam.Ayam yang sudah mati diasingkan dari ayam yang baru disembelih supaya darah ayam  tidak mengotori daging ayam yang lain.

8. C a r a  m e m p r o s e s  a y a m

Organ dalaman seperti perut ayam dikeluarkan terlebih dahulu sebelum ayam dimasukkan ke dalam air panas,yang bersih ( tanpa bekas darah & najis ) yang boleh  mencemar dagingnya.Air panas yang telah melembutkan bulunya,memudahkan bulu tanggal apabila dimasukkan kedalam  mesin.

9. P e r s i j i l a n

Menepati  piawaian HTMS 1400( Halalan Thoyyiban Manufacturing Standardization 1400 ) yang akan menjadi Prosedur Pemprosesan Islam  Sedunia yang menepati Syariat Islam.

10. M u m t a z  M e a t  &  M a r i n e  F o o d s  S d n  B h d adalah syarikat  Dr Zainol yang bertanggung jawab menternak,menyembelih serta memproses ayam ini merupakan ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia.Sila layari  www.azzain.com untuk maklumat lanjut.

 

Cara Tempahan SMS

Anda Cuma perlu hantar pesanan melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS) seperti berikut:

 

NAMA <> ALAMAT LENGKAP <> SAIZ X@XL <> JUMLAH

Contoh:

MUHAMMAD NO 3, JLN 4/1,TMN PERMATA,ULU KELANG XL 2EKOR

Pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Sila baca syarat-syarat tempahan serta penghantaran, sebelum menghantar pesanan tuan-tuan melalui SMS untuk mengelak berlakunya salah faham serta kekeliruan.

 

Syarat-syarat Tempahan  

1.Pesanan ini hanyalah melalui SMS sahaja, perbualan dalam talian tidak dilayan.Pesanan yang TIDAK dapat difahami maknanya kerana serta gagal memberikan NAMA serta ALAMAT LENGKAP dianggap BATAL.

2.Pesanan melalui SMS ini hanya sah adalah untuk penduduk sekitar Lembah Kelang* sahaja.Pesanan dari luar kawasan Lembah Kelang tidak akan dilayan.

3. Pesanan melalui SMS pada hari ini adalah untuk PENGHANTARAN hari ESOK , sila PASTIKAN pesanan dibuat SEBELUM pukul 12.00 tengah malam setiap hari.


4.Pesanan yang dibuat SELEPAS 12.00 tengah malam setiap hari akan dimasukkan dalam senarai penghantaran untuk sehari yang berikutnya(LUSA)

5.Tempahan yang meragukan dari segi alamat serta luarbiasa dari segi  JUMLAH ayam pada tempahan kali PERTAMA adalah TERBATAL dan tidak akan dilayan.(Kecuali anda telah menjadi pelanggan tetap* kami)

 

Syarat Penghantaran.

1.Masa penghantaran adalah 0800pagi-0700mlm SAHAJA.

2. Hari Penghantaran:Isnin-Sabtu ,
    Ahad:Tiada Penghantaran

3.Penghantaran ke rumah teres dan banglo adalah sehingga hadapan pagar kediaman sahaja.

4. Penghantaran ke rumah pangsa, apartment atau kondominium adalah sehingga di kawasan pondok pengawal(jika ada) atau dikawasan letak kereta awam kediaman berkenaan.

5. Bekalan ayam yang TIDAK dapat disampaikan dalam tempoh 3 hari mulai dari tarikh permulaan sepatutnya dihantar kerana sesuatu SEBAB*, akan dikira BATAL dan pelanggan diminta membuat pesanan semula melalui SMS untuk membuat tempahan, jika masih berminat.

Contoh:

1. Ahmad memesan 2 ekor ayam saiz XL pada 9 hb. Januari 2009, jam 8 mlm.Sepatutnya bekalan ayam dihantar, pada 10 hb. Januari 2009.
Jika bekalan ayam TIDAK dapat dihantar selepas 0700mlm, 12 hb. Januari 2009, Tempahan dikira BATAL.

2. Puan Siti memesan 3 ekor ayam saiz L pada 10hb, Januari 2009, jam 1230 tgh malam.Sepatutnya bekalan dihantar seawal 11hb. Januari 2009. Jika bekalan ayam TIDAK dapat dihantar selepas 0700mlm,13hb. Januari 2009, Tempahan dikira BATAL. (Sila Perhatikan masa dan tarikh pesanan dibuat oleh Puan Siti)


Notis:

1. Pihak kami berhak meminda mana-mana syarat tempahan serta penghantaran yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa untuk kelancaran urusniaga tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu sebarang perubahan terlibat kepada pelanggan kami.

2. Segala maklumat anda berupa nama, alamat serta butir-butir tempahan adalah RAHSIA dan kami menjamin tidak akan memberikan sebarang maklumat mengenainya kepada pihak ketiga.

 

Cara Bayaran

Bayaran adalah COD(Bayar TUNAI Waktu Terima) SAHAJA.
Pembelian secara kredit(hutang),pembayaran melalui Kad Kredit&Visa serta Kad Debit atau sebarang kad lain tidak akan dilayan.

 

SEBAB tempahan BATAL
(sila ambil perhatian)

1.Lokasi kediaman mengelirukan,sukar ditemui atau GAGAL dikesan.

2.Tidak ada pelanggan berkenaan atau wakilnya dikediaman@premis untuk menerima tempahan ketika krew penghantaran tiba dilokasi.

3. Gagal menjawab melalui sms atau panggilan talipon SEMASA dihubungi sebanyak 3 kali melalui sms atau panggilan talipon.(Panggilan balas  serta SMS SELEPAS itu tidak dilayan)

4.Gagal untuk hadir dilokasi serahan untuk mengambil pesanan LEBIH dari 5 minit sejurus SELEPAS dihubungi melalui SMS atau panggilan talipon.

5.Gagal membayar tempahan secara TUNAI semasa barang dihantar.


HARGA YANG DITAWARKAN
(termasuk kos penghantaran)

Size L  (1.6kg - 1.7kg)  - RM 17.00
Size XL(1.8kg - 2.0kg) -
 RM18.50


 
Petunjuk

Lembah Kelang* adalah kawasan yang ditakrifkan sebagai kawasan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Ayam Kampung Organik* adalah merujuk kepada ayam kampong herba organik jenama Azzain ,keluaran Sykt Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd

Pelanggan tetap* ditakrifkan sebagai pelanggan yang telah membuat tepahan melebihi 5 ekor ayam dalam tempoh sebulan pada masa yang berlainan.Senarai pelanggan tetap akan dimasukkan dalam senarai khas serta diberi keutamaan semasa penghantaran.

 

Jika anda telah membaca syarat2 diatas faham serta bersetuju dengannya serta ingin membuat tempahan ayam kampong organik kegemaran anda, Cuma perlu  taip,

 

NAMA <> ALAMAT LENGKAP <> SAIZ X@XL <> JUMLAH

Contoh:

MUHAMMAD NO 3, JLN 4/1,TMN PERMATA,ULU KELANG  XL 2EKOR

Hantar SMS anda ke,


019-2506920

DAN sila bersabar menunggu tempahan anda dihantar selewat-lewatnya dalam masa 3 hari(bekerja),insyaAllah.

Pihak kami meminta maaf jika tempahan melalui SMS anda tidak dapat kami penuhi atas sesuatu sebab,

 

"Biar rugi satu sen@SMS asal dapat berjimat bermacam2 perkara……"

Jadi SMS saja lah…esok lusa dapatlah makan ayam SEDAP,HALALAN THOYYIBAH, insyaAllah!

 

 

Sekian Terima Kasih

PENGEDAR MOBILE ALMUMTAZ

019-2506920

Lembah Kelang

http://www.bazaarlot.com?action=ClassifiedDetail&id=7385

No comments: