| | | Max - Lube - Perawat Injin dan Pelindung Logam - Mengurangkan Geseran dan Haus Injin
- Meningkatkan Prestasi dan Kuasa Kuda
- Mengurangkan Suhu Pengendalian Injin
- Menjadikan Injin Lebih Senyap dan Lancar
- Mengurangkan Pencemaran Udara
- Melindungi Injin sewaktu Menghidupkan dan Memanaskannya
Max-Lube adalah bahan penyesuaian logam yang berasaskan petroleum teknologi tinggi yang dirumus khas. la membentuk ikatan molekul pada permukaan logam dengan menghasilkan keadaan per-mukaan logam yang berupaya menahan geseran dan pengoksidaan. Haba dan haus injin dapat dikurangkan dengan drastik. Apabila injin panas dan berlaku geseran, Max-Lube membentuk selaput penghalang yang kuat sehingga tidak memberi kesan walaupun pada had terima yang terdekat. Sungguh menakjubkan apabila bahagian logam yang dijagai dengan Max-Lube terus kekal melincir walaupun dalam ketiadaan minyak pelincir. Setelah Max-Lube disatukan dengan permukaan logam dan ini berlaku dengan cepat apabila permukaan logam menjadi panas, kesannya kekal pada masa yang lama, walaupun tanpa atau ada pencemaran pada minyak pelincir. Walaupun minyak pelincir dikeluarkan untuk menukar minyak, Max-Lube tetap ada pada tempatnya dan tidak perlu ditambah setiap kali minyak ditukarkan. Apabila sebati, ia masuk ke dalam mikropora permukaan logam dan ia pun tidak memberi kesan terhadap bahagian logam yang bergerak, dimana ia melicirkannya. Berbanding dengan minyak pelincir dan minyak pelincir tambahan ianya hanya melincir diantara kedua permukaan bahagian luar logam sahaja. Tetapi molekul Max-Lube bersebati membentuk rintangan selaput tahan lasak pada permukaan logam dalam injin dan transmisi kenderaan anda. Setelah ia sebati dan meresap pada bahagian injin, silinder dan gear, haba serta geseran dan kehausan bahagian-bahagian tersebut dapat dikurangkan. Max-Lube - Melanjutkan Hayat Injin Max-Lube adalah bahan pelincir yang sangat berkesan walaupun hanya tinggal selaput tipis pada permukaan bahagian yang bergerak. Apabila logam tidak dilindungi, penjagaan pada permukaan logam juga boleh memberi pelinciran kepada komponen logam semasa injin dihidupkan. Tambahan pula penyatuan molekul Max-Lube memberi perlindungan daripada hakisan dan berkarat. Tiada keluaran lain yang pernah dihasilkan dapat mengurangkan geseran, memberi perlindungan pada permukaan logam. Keberkesanan dan keselamatan adalah kunci yang ada pada ciri-ciri unik Max-Lube. Dengan hanya 345ml Max-Lube akan melindungi injin anda sehingga 40,000km. Hasil sebenarnya mungkin berbeza, walaubagaimanapun ia bergantung pada keadaan penggendalian pemanduan dan tabiat penjagaan kenderaan. Max-Lube - Mudah digunakan Max-Lube bertindak pada paras mikroskopik dan tindakkannya dikawal secara saintifik yang tidak boleh mencampuri had terima kejuruteraan. la juga meningkatkan kekukuhan lapisan, pelinciran dan kestabilan pada semua minyak pelincir. Hanya tambahkan Max-Lube ke dalam injin kotak engkol dan dengan segera ia bertindak sambil melindungi injin kenderaan anda. Max-Lube tidak mengandungi kimia atau agen-agen yang boleh merosakkan komponen metalik seperti alat getah dan gasket dalam mana-mana injin. Oleh itu Max-Lube boleh digunakan dengan penuh keyakinan dalam semua injin baru, lama dan yang dibaik pulih. Injin kuasa petrol, diesel, gas asli, turbo serta automobil cas lampau (super charged) dan injin trak. Tiada Bahan Berbahaya Max-Lube adalah berasaskan petroleum teknologi tinggi. la tidak mengandungi pepejal PTFE (Politetra Fluoreotilena), TEFLON, MOLIBDENUM DISULFIDA (MOLY) GRAFIT dan PLUMBUM. Berbanding dengan keluaran lain, ia tidak perlu digoncang sebelum menggunakannya dan bahan-bahan aktifnya tidak akan mendap di dalam takungan minyak pelincir atau menyumbat laluan minyak pelincir atau merosakkan penapis dalam injin kenderaan anda. Perlindungan Maksima pada Saat Paling Genting Sebelum Memulakan Perjalanan Kereta Anda Bagaimana rapi pun anda menjaga injin kenderaan anda, ia tetap terdedah kepada ketegangan yang teruk ketika suhu rendah. Pakar-pakar automobil bersepakat bahawa70%-80%daripada kehausan injin berlaku dalam tempoh kritikal ini. Apabila sesebuah kereta tidak dihidupkan selama empat jam atau lebih, minyak dan Iain-lain bahan dalam injin kenderaan akan meluncur ketakungan minyak (oli pam). la tidak lagi bersedia untuk membekalkan pelinciran yang sewajarnya yang amat diperlukan oleh injin. Oleh kerana minyak motor konvensional mepunyai kelikatan yang padat dalam cuaca sejuk, ini menimbulkan masalah pada injin semasa dihidupkan dalam keadaan sejuk. Max-Lube mampu mengawal komponen-komponen penting dalam injin ketika tempoh kritikal ini. la membenarkan bahagian-bahagian injin meluncur bebas. Pada waktu yang sama, ia mengurangkan lebih 90% kehausan injin kenderaan anda. Max-Lube Gear Treatment - Melindungi komponen transmisi dan gear Masukkan beberapa peratus Max-Lube Gear Treatment ke dalam minyak gear biasa dan anda akan merasakan perbezaannya seperti: Mengurangkan Pengumpulan Haba Apabila kenderaan berat menuruni cerun yang curam, minyak gear biasa tidak dapat memberi sepenuh perlindungan dan sistem penjana gear menjadi panas akibat geseran yang hebat hingga mengurangkan minyak pelincir. Bahan Tambahan Max-Lube Gear Treatment berkeupayaan menjadikan minyak biasa bertindak pada muatan yang berat, suhu yang tinggi dan dalam keadaan pengendalian yang sukar, sambil mengurangkan kepanasan di dalam semua sistem gear dengan memuaskan. Menambahkan Prestasi dan Menjimatkan Tenaga Kebanyakan juruteknik yang berpengalaman menggunakan minyak yang mempunyai kelikatan yang tinggi dalam jentera-jentera lama untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik. Peningkatan kelikatan memberikan beberapa kelebihan tertentu, tetapi ia mengganggu pemindahan haba dan menukarkan kelancaran bendalir dalaman dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Gunakan Max-Lube Gear Treatment yang mepunyai kelikatan yang rendah dan anda akan merasakan perbezaannya seperti: - Memasukkan gear dengan lebih mudah
- Melanjutkan usia gear dan masa \'servis\'
- Paras bunyi injin yang rendah
- Sistem larian gear yang lebih sejuk
- Melindungi dari calar, haba dan haus
Max-Lube Pembersih Injektor dan Karburator - Memberikan apa yang diperlukan oleh injin
anda - Menjaminkan prestasi yang baik
Dengan memasukkan sedikit Max-Lube Pembersih Injektor dan Karburator terus ke tangki minyak anda, ia dapat membantu membersihkan seluruh sistem minyak dan juga menjaga injektor, karburator dan injap masuk beroperasi dengan lancar dan berkesan serta menjimatkan penggunaan bahanapi. Max-Lube ialah rahsia kebersihan laluan bahanapi. Max-Lube adalah bahan yang amat berkesan melawan pengumpulan kotoran dan mengembalikan prestasi injin akibat kekotoran dan pencemaran. Max-Lube Pembersih Injektor dan Karburator amatlah unik. la menggabungkan tiga bahan pencuci tambahan ke dalam satu keluaran. Gabungan bahan-bahan ini memberikan kuasa untuk menghapuskan kotoran yang terkumpul di dalam karburator, injektor dan injap masuk. Penggunaan selalu dapat mencegah daripada mendapan kotoran baru yang melekap. - Terbukti membersihkan karburator
- Terbukti membersihkan dan mencegah kotoran melekap pada injektor
- Terbukti mencegah kotoran melekap pada injap masuk
- Mengurangkan pencemaran udara
- Melindungi daripada calar, haus dan karbon yang melekap
Max-Lube Perawat Injin Motosikal Sebagaimana kereta, injin motosikal juga sangat penting untuk dijagai. Max-Lube sesuai untuk injin motosikal 2 lejang dan 4 lejang. Max-Lube selamat digunakan pada klas basah (wet clutch) ataupun dicampur bersama minyak 2T/bahanapi. Max-Lube tidak menyebabkan gelinciran klas. Pastikan campuran mengikut sukatan yang diperlukan. Sesuai untuk kegunaan biasa dan perlumbaan. Kini pemilik-pemilik automobil prihatin dengan menerima sesuatu yang berguna pada kenderaan mereka tanpa belanja yang mahal dan mengelakkan daripada menghantar kenderaan ke bengkel untuk membaikinya. Dengan pendapat ini, Max-Lube telah merumuskan satu rangkaian keluaran yang lengkap untuk setiap pelinciran yang diperlukan oleh kenderaan, sambil melanjutkan usia pengendaliannya dan meningkatkan prestasinya. Gunakanlah Max-Lube dan anda akan terelak dari pelbagai masalah automotif. - Meningkatkan prestasi dan kecekapannya
- Mengurangkan geseran, haba dan haus
- Melanjutkan usia kenderaan anda
- Dan Iain-lain lagi
|
100% Synthetic Series 3000 Kod SL/CF SAE 10W40
| 4025 E & 4024 E | - Memberi pelinciran terhebat untuk enjin perlumbaan
- Mengurangkan geseran dan seretan untuk memperbaiki kuasa pecutan, meningkatkan RPM dan kuasa kuda yang di gunakan
- Rumusan agen anti-busa dan anti-haus
- Menjimatkan bahanapi semasa enjin di panaskan, pemanduan dan henti-jalan
- Amat Berkesan untuk enjin biasa dan perlumbaan
| Semi Synthetic SJ/CF SAE 15W50
| 4020 E | - Memberikan pelinciran terhebat untuk enjin perlumbaan
- Mengurangkan geseran dan seretan untuk memperbaiki kuasa pecutan, meningkatkan RPM dan kuasa kuda yang digunakan
- Rumusan agen anti-busa dan anti-haus
- Menjimatkan bahanapi semasa enjin di panaskan dan pemanduan henti-jalan
- Amat Berkesan untuk enjin biasa dan perlumbaan
| Motor Oil Series 2000 SL/CF SAE 15W50
| 3043 E | - Menepati syarat-syarat API Service SL/CF 15W50
- ACEA A-296#2, A3-98, VW500/501/505, MB 229, MB 228.1, ACEAB2-98, B3-98, E2-96#2, BMW Special Oil & Porsche GL
- (Minyak pelincir Maxoil baru) memberikan perlindungan cemerlang semasa pemanduan yang lama dan berprestasi tinggi
- Pacuan seperti baru
- Meningkatkan kelancaran dan perlindungan enjin
- Prestasi yang menakjubkan/ amat berkesan pada suhu tinggi
| Motor Oil Series 2000 SJ/CF SAE 20W50
| 3033 E | - Formulasi minyak perlumbaan yang memberikan perlindungan terhebat di perlukan oleh enjin perlumbaan putaran tinggi dan moden
- Memberikan perlindungan terbaik kepada enjin yang beroperasi pada suhu tinggi dan beban berat
- Mengandungi bahan tambahan detergen dan bahan antioksida moden untuk mencegah mendapan, varnis, lusuh kakisan dan karat dalam enjin
- Menepati atau melebihi keperluan jaminan enjin gasolin, disel kereta baru dan trak ringan dengan piawaian pengilang-pengilang AS, Jepun dan Eropah semasa disyorkan API Service SJ, SH/CF/CG
| Motor Oil Series 2000 SJ/CF SAE 10W30 Pakej bersaiz 4 liter & 3 liter
| 4026 E & 4019 E | - Penjimatan maksima bahanapi
- peningkatan penghasilan kuasa
- Perlindungan anti haus terbaik
- Kestabilan ricih terbaik dengan baki kelikatan minyak yang stabil
- Penghidupan segera enjin pada suhu yang rendah
- Pelinciran terbaik dengan tahap pembersihan dan serakan yang tinggi
- Melebihi klasifikasi Service API SJ/CF-EC (Penjimatan Kuasa) II
| Motor Oil Series 1000 SG/CD SAE 20W50
| 3032 E | - Minyak motor untuk semua musim di gunakan untuk enjin petrol berprestasi sederhana hingga tinggi
untuk kegunaan bagi semua jenis kenderaan enjin disel - Anti haus dan melindungi logam
- Menstabilkan ricih demi kelikatan yang stabil
- Mengekalkan kebersihan enjin dengan kandungan bahan detergen dan menyingkir kotoran yang degil
- Mengawal penggunaan minyak bagi enjin petrol/disel
- Melebihi keperluan prestasi API Service SG/CD
- Menepati semua spesifikasi pengilang dan jaminan penggunaan
| | | Motor Oil Series 4000 SF/CD SAE 20W50
| 3041 E | - Di reka untuk memberikan pelinciran serta menjimatkan bagi kereta dan trak ringan berenjin petrol dan disel
- Melebihi servis API SF/CD
- Dirumus dengan stok dasar yang di rawat dengan air yang mempunyai oksidaan semulajadi dan imbangan haba yang lebih baik serta di gabung dengan bahan campuran yang dipilih khas
- Mengurangkan pembentukan lakuer, varnish, kotoran dan bahan buangan enjin yang lain dengan berkesan
- Mempertingkatkan sifat tahan hakis bagi memastikan pemanjangan pada semua peringkat suhu
- Minyak multigred yang bermutu dengan indeks kelikatan yang tinggi boleh mengekalkan kestabilan kelikatan walau pada suhu tinggi
| UNIVERSAL PLUS CG-4/ SH SAE 20W50 pakej bersaiz: 18 liter
| 3034 E | - API Service CG-4, CF-4, CF2/SH
- Caterpillar, TO-2, Detroit Diesel, Mark E0-K/2, E0-J/H/G, Cummin NTC-400, Cas Turbo Cummin, Cas Lampau dan enjin diesel biasa.
- Spesifikasi ketenteraan MIL-L- 2104E1
| GEAROIL Ep80W90 pakej bersaiz: 4 liter & 1 liter
| 3035 E & 3044 E | - Disyorkan untuk semua jenis gander kereta penumpang dan trak yang menepati prestasi API Service SAE 80W90 GL-5, MIL-L-2105C atau tuil D
- Ia di hasilkan khusus untuk gandar dengan set gear hipiod dan juga kenderaan penghantaran manual, sambungan semesta, pacuan akhir dan jenis-jenis peralatan automotif yang lain.
- Rumusan Gearol Ep90W menepati keperluan tekanan yang sangat hebat dan kestabilan haba agar giar dan penempatan giar sentiasa dalam keadaan bersih dengan mengurangkan mendapan dan endapan varnis yang di sebabkan oleh pengoksidaan minyak.
| AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID DEXRON-III, MERCON pakej bersaiz: 1 liter & 4 liter
| 3020 E & 3045 E | - Disyorkan untuk digunakan dalam penghantaran automatik General Motors, Ford, Chrysler, dan kereta, van dan trak ringan American Motors, kereta-kereta import seperti AUDI, BMW, Honda, Mazda, Mitsubishi, Mercedez Benz, Nissan, Opel, Toyota, Peugeot, Volkswagon, Volvo turut menetapkan penggunaan Dexron III atau Mercon
- Dirumus untuk memenuhi keperluan- keperluan prestasi:
- General Motors DEXRON III - Ford MERCON ESP M2C166H, ESP M2C138CJ - Sesuai untuk Allison C-4 - Allison C 3 dan caterpillar T0 2 Quality - Memberikan perlindungan anti haus, anti karat dan anti kakisan yang berkesan, kebendairan suhu rendah yang terbaik, kestabilan pengoksidaan yang hebat, menghalang mendapan dan endapan varnis.
- Mengekalkan kebendairan pada suhu rendah dan pelinciran suhu tinggi
- Mencegah generan dan busa untuk prestasi anjakan yang lebih baik.
|
LARANGAN
DILARANG Mencampurkan Maxoil dengan minyak lain. Ini boleh memudaratkan jangka hayat enjin dan mengurangkan keberkesanan Maxoil terhadap enjin.
Sekiranya ini berlaku, MaxCare Success tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerosakan enjin (overhaul engine).
Jangkahayat Servis Kenderaan biasa tanpa 'pengubahsuaian' pada mana-mana bahagian enjin kereta adalah disaran menggunakan minyak Maxoil:
Servis Biasa Sehingga *20,000 kilometer atau satu tahun atau, yang mana terdahulu. Servis kerosakan teruk Sehingga *15,000 kilometer atau satu tahun atau, yang mana terdahulu.
Amalan Kesihatan & Keselamatan
Jauhi dari kanak-kanak. Dilarang membuang minyak merata-rata. Sila kembalikan minyak yang terpakai di tempat pengumpulan minyak terpakai.
* 20,000km-100% synthetic, 10,000km- semi synthetic, 5000-3000km lain² gred minyak maxoil
Sesebuah injin terhasil dari beberapa bahagian besar dari bahagian2 pergerakan yang penting seperti piston, krankshaf, injap, kamshaf serta lain-lain. Minyak engine memainkan beberapa peranan penting untuk memastikan kesemua bahagian ini bekerjasama dengan baik 1)sebagai lubrikan ia mengurangkan geseran dan haus yang berlaku semasa bahagian2 itu bergerak secara bertentangan antara satu dgn lain seperti permukaan selinder dan gegelang piston atau kamshaf. 2) Sebagai coolant. Ia menyerap kepanasan didalam chamber pemanasan enjin dan kawasan 'undercrown' . Lalumenyejukkan enjin seterusnya menghalang kepanasan yang keterlaluan. . 3) sebagai sealant. Ia menutup ruangan antara gegelang piston dengan permukaan selinder bagi mengelakkan tekanan pembakaran (combustion) (kuasa enjin) dari terlepas. . 4)Sebagai detergen. Menghalang bahan buangan yang disebabkan dari pembakaran dan bahan cemar oleh proses oksidasi dari melekat pada bahagian dalam enjin, lantas membantu untuk mengekalkannya bersih 5) sebagai penghalang karat. Ia meneutralkan asid yang terhasil dari gas2 pembakaran, menghalang karat dan pengkaratan (corrosion) Enjin bekerja melalui proses pembakaran minyak seumpama minyak gasoline. Kesannya, produk yang tidak mudah terbakar (non-combustible products) seperti sisa-sisa gas lalu menghasilkan jelaga. Minyak enjin akan memerangkap dan menghalang bahan cemar dari melikat ke dalam enjin lalu mengekalkannya sentiasa bersih. Bila ini berlaku keberkesanannya menyusut. Efek dari kepanasan bahan bakar dengan oksigen di dalam udara akan menyebabkan minyak enjin merosot lantas keperluan untuk menukar minyak perlu selepas suatu tahap penggunaan. Mengulangi penggunaan minyak enjin melepasi waktu menukar yang disarankan oleh pengilang akan menyebabkan terbentuknya likatan tebal, yang boleh menghalang pergerakan gegelang piston dan yang paling teruk akan berlaku minyak melekit seperti minyak tar sehinga boleh merosakkan enjin. Untuk melindungi enjin berjalan lamcar, adalah disarankan untuk menukarnya mengikut asas kebiasaan.
Ciri-ciri biasa untuk menukar minyak enjin bergantung kepada jarak dan masa. Kebiasaannya, 3-5,000km atau 6 bulan (mana-mana yang terdahulu) adaah jarak waktu yang biasa digunapakai di Jepun. Walaubagaimanapun, trend kebiasaan waktu pertukaran yang di sarankan pengilang adalah 10-15,000km + (atau setahun sekali). Untuk mengekalkan enjin berkeadaan sentiasa baik, kebiasaannya seseorang itu sering menukar minyak mereka dalam jangka waktu yang pendek. Tambahan pula, kenderaan yang berkuasa tinggi, kereta turbo, kereta enjin disel atau kereta lasak disarankan untuk menukar minyak enjin dalam jangka waktu yang pendek atau bergantung kepada keadaan penggunaannya Agak ganjil, jika menggunakan kereta untuk perjalanan singkat (sehampir 10 minit perjalanan atau ke pasaraya berhampiran sahaja) bermakna minyak enjin belum benar-benar panas sehingga air dan minyak boleh menimbun di dalam enjin hingga mengakibatkan timbunan likatan dan karat yang diakibatkan oleh kehausan (wear). Sebenarnya, kepercayaan bahawa kereta belum mencapai jarak perbatuan lantas penukaran minyak enjin adalah tidak perlu itu adalah disalahertikan (misled). Kondisi sebenar minyak enjin sukar ditaksir tetapi kekerapan penyelenggaraan adalah penting untuk mendapatkan prestasi tertinggi.
Oleh kerana enjin gasolin dan enjin disel bergerak menggunakan minyak yang berbeza, ciri-cirinya turut berbeza lantas keperluan untuk prestasi minyak enjin juga turut berlainan. Percirian bahan pencuci (mencuci saki-baki partikel seperti likatan akan membuatkan bahagian dalaman enjin bersih) manakala perlindungan anti-haus untuk camshaft amat penting bagi minyak enjin gasolin. Lagipun, enjin gasoline dilengkapi dengan catalyser untuk membersihkan asap ekzos yang juga merupakan suatu formulasi minyak yang amat perlu untuk menghalang sebarang efek buruk. Sebaliknya, enjin disel menghasilkan lebh banyak jelaga, jadi keupayaan untuk mengawal hasilan jelaga amat sukar. Satu lagi, cirri-ciri antasid penting untuk meneutralkan partikel asidik yang dihasilkan oleh pembakaran akibat kehadiran sulfur pada minyak disel. Sejajar dengan pecutan asap adalah lebih terkawal, pengeluar kenderaan kini mendesainkan enjin dengan kelengkapan emission yang memerlukan minyak berprestasi tinggi. Lazimnya, adalah tidak wajar menggunakan minyak enjin gasoline di dalam enjin disel, atau minyak enjin disel di dalam enjin gasoline. Bagi minyak gasoline berprestasi tinggi seperti SL,SJ dan lain-lain akan bermula dengan huruf 'S' (Spark ignition) manakala CF,CD dan enjin-enjin disel yang lain bermula dengan 'C' (Compression ignition) inilah antara perbezaan-perbezaannya. (gasoline/Diesel dua kegunaan) minyak enjin yang akan membawa kadar (SJ/CF) adalah formulasi istemewa untuk kedua-dua jenis enjin atau mengikut kadar kondisi kegunaannya.
Minyak mineral terhasil dari minyak mentah. Apabila minyak kerosin, gasoline, diesel dan lain-lain telah disuling dari minyak mentah, bahan bakinya diperhalusi untuk menghasilkan minyak mineral yang akan membentuk bahan asas (diistilah sebagai minyak asas base oil) untuk beberapa jenis minyak enjin. Minyak gear dan sebagainya yang juga dikenali sebagai ' minyak mineral asas). Oleh kerana minyak mineral adalah berasal dari produk natural, terdapat bahan-bahan keladak yang hadir lalu mengurangkan sedikit prestasinya. Minyak sintetik pula, adalah dihasilkan secara kimiawi bersumberkan paphta. Berbeza dari minyak mineral, ia tidak mengandungi keladak kotoran maka karaktoristiknya lebih hebat, termasuklah viskositi dan ketahanan terhadap kepanasan yang ekstrim. Prestasi & kualiti minyak sintetik yang amat tinggi juga dibuat secara kimiawi, ia disasarkan untuk aplikasi dimana prestasi diperlukan. Kombinasi kedua-dua minyak ini dikenali sebagai ' Part synthetic oil'
Pemangkin (aditif) kimia yang terkandung didalam minyak enjin telah diformulasikan dengan cermat dan spesifik sedemikian rupa untuk berpadanan dengan sebarang keperluan minyak berprestasi . Menambah lebih aditif akan merosakkan keseimbangan kimia dan boleh merosakan kualiti prestasi yang asal . Kemungkinan juga jika melebihi kadar sepatutnya, ia mengganggu penggunaan minyak dan pembatasan emission untuk minyak asal yang diterima Isu utama disini, adalah keputusan dari campuran tersebut tidak akan mendapat kebenaran diuji prestasinya seperti API,ACEA, OEM kerana paras aditif akan jatuh diluar paras ujian.
Jika seseorang telah dengan tidak sengaja tertelan minyak enjin, minum banyak air atau cecair yang boleh diminum dan hubungi doktor segera. Jangan cuba untuk memuntahkannya kembali. Jika terkena mata, basuh dengan air bersih sekurang-kurangnya 15 minit atau sehingga iritasi hilang. Jika iritasi berlaku, dapatkan bantuan medical. Jika terkena kulit, lap dengan kain bersih, cuci sekain sebelum ulangi. Lap lebihan bahan dari kulit. Basuh kawasan yang terdedah berulangkali menggunakan sabun dan air. **Sila ambil perhatian bahawa tersenarai diatas adalah merujuk kepada minyak enjin dan langkah-langkah keselamatan yang akan berubah mengikut produk-produk minyak. Berdasarkan PRODUCT LIABILITY LAW, setiap produk minyak akan mempamerkan mesej (AMARAN, pengawasan semasa menggunakannya, keselamatan, arahan peraturan minyak dan bekas buangan dan arahan penyimpanan). Pastikan anda membacanya dengan berhati-hati.
Menambah minyak terlalu banyak akan meningkatkan konsumsi minyak kerana lubrikan akan keluar melalui laluan valve dsbnya. Pastikan paras yang betul. Terlalu kurang minyak akan mengganggu keupayaan pam minyak untuk mengeluarkan minyak. Jadi, pastikan anda menambah dengan minyak yang sama untuk mengekalkan paras yang betul
Gasoline Engines | Category | Status | Service | SL | Current sekarang | Untuk kegunaan semua enjin otomotif sekarang. Diperkenalkan pada 1hb Julai 2001. Minyak SL didesain untuk sediaan bg suhu tinggi yang baik bg mengawal keladak dan merendahkan konsumsi minyak. Kebanyakan minyak ini juga menepati spesifikasi ILSAC terkini &/atau berkelayakan sebagai Energy Conserving | SJ | Current | Untuk enjin otomotif 2001 & lama. | SH | Obsolete lama / dahulu | Untuk enjin 1996 & lama. Sah bila mendahului katergori C | SG | Obsolete | .Untuk enjin 1993 & enjin lama | SF | Obsolete | Untuk enjin 1988 & enjin lama | SE | Obsolete | Untuk enjin 1979 & enjin lama | SD | Obsolete | Untuk enjin 1971 & enjin lama | SC | Obsolete | Untuk enjin 1967 & enjin lama | SB | Obsolete | Untuk enjin lama. Digunakan hanya jika disarankan oleh pengilang/pengeluar | SA | Obsolete | Untuk enjin lama, tiada prestasi diperlukan. Digunakan hanya jika disarankan oleh pengilang/pengeluar | Enjin Disel | Category | Status | Service | CH-4 | Current | Mula diperkenal pada 1hb Disember 1998. Untuk kelajuan, enjin 4 lejang didesain bersesuaian untuk piawaian ekzos emission 1998.CH-4 adalah kompaun khusus untuk minyak disel dengan keberatan kandungan sulfur sehingga 0.5%. Boleh digunakan di dalam minyak CD, CE, CF-4 & CG-4 | CG-4 | Current | Diperkenal pada 1995. Untuk enjin severe-duty, 4 lejang yang menggunakan minyak dengan keberatan sulfur kurang dari 0.5%. Boleh digunakan di dalam minyak CD, CE, CF-4 | CF-4 | Current | Diperkenal pada 1990. Untuk kellajuan tinggi, 4 lejang, enjin biasa & bercaj turbo menggunakan minyak dengan keberatan sulfur kurang dari 0.5%. Boleh digunakan di dalam minyak CD, CE | CF-2 | Current | . Diperkenal pada 1994. Untuk enjin severe-duty, 2 lejang. Boleh digunakan di dalam minyak CD-II | CF | Current | . Diperkenal pada 1994. Untuk enjin off-road (4-wheel), indirect-injected serta enjin disel termasuk yang menggunakan minyak dengan keberatan sulfur melebihi dari 0.5%. Boleh digunakan di dalam minyak CD, CE, CF-4 | CE | Obsolete | Diperkenal pada 1987. Untuk enjin laju, 4 lejang, kereta biasa, & enjin bercaj turbo. Boleh digunakan di dalam minyak CC & CD. | CD-II | Obsolete | Diperkenal pada 1987. Untuk enjin 2 lejang | CD | Obsolete | .Diperkenal pada 1955. Untuk enjin biasa dan bercaj turbo | CC | Obsolete | Untuk enjin 1961 | CB | Obsolete | Untuk enjin tugasan sederhana dari tahun 1949 hingga 1960 | CA | Obsolete | Untuk enjin tugasan ringan (1940an dan 1950an) | MAXOIL ASF amat sesuai untuk minyak biasa dan minyak motor. Mencampurkan MAXOIL dengan minyak lain, bagaimanapun, agak memendekkan jangkahayat guna dan mengurangkan faedah prestasinya. MAXOIL tidak akan menyokong waktu pengeringan minyak jika ianya telah bercampur. Minyak aditif lain adalah tidak digalakkan diguna bersama minyak motor MAXOIL Fully Synthetic | Characteristics | 0W-30 0W-40 5W-40 | Minyak penjimat ekonomi
Meningkatkan kuasa & prestasi enjin
Memastikan enjin terpelihara dari haus dan keladak dari terkumpul
Membuatkan bahagian-bahagian enjin bergerak pantas | Semi-synthetic | Characteristics karaktoristik | 5W-30 10W-40 15W-40 | Perlindungan lebih baik
Perlindungan baik dalamasa 10 minit selepas bermula
Secar kasar, 3 kali lebih baik mengurangkan haus enjin
Meningkatkan waktu pertukaran minyak tidak perlu menukar minyak terlalu kerap | Mineral | Characteristics | 10W-40 15W-40 | Perlindungan asas untuk semua jenis enjin Minyak perlu ditukar lebih kerap |
PengenalanKalung Ener-G Rafa dihasilkan dengan penggabungan lebih dari 30 jenis mineral 100% semulajadi. Dengan menggunakan teknologi dari Korea, ianya dipanaskan sehingga 1,600 °C disusuli dengan proses penyejukkan yang perlahan. Kalung Ener-G Rafa berkemampuan membebaskan Infra Merah Jauh (FIR) dan mengandungi 2000 ion negatif per cm³. Struktur dalaman unik Kalung Ener-G Rafa mampu mengumpul, memfokus dan membebaskan tenaga bagi mengimbangkan fizikal, mental, dan kerohanian. Keterajusan untuk Mengembalikan Kesihatan Kehidupan
Ion Negatif adalah partikel bercas elektrik negatif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan aktivitinya (Tenaga Bio) menjadi peneraju dalam mengembalikan kesihatan kehidupan kita kerana ianya dibebaskan melalui udara.
Elektron merupakan ion bercas elektrik negatif. Pergeserannya dengan molekul oksigen akan menukarkan molekul oksigen menjadi ion bercas elektrik negatif; ianya dipanggil anion oksigen atau cuma anion.
Ion di udara berubah mengikut keadaan meteorologikal. Apabila dalam suhu dingin dan bertekanan rendah melaluinya, ion positif akan bertambah. Kajian melaporkan bahawa kekurangan ion negatif dan peningkatan ion positif dalam tubuh manusia boleh mengakibatkan neuralgia, asthma, dan apopleksi.
Dengan kehadiran ion negatif, kita akan berasa segar apabila berada di kawasan hutan, air terjun dan pantai yang berombak besar. Di tahap atmosfera yang stabil, nisbah ion negatif dan ion positif adalah 1:2. Ion positif banyak dibebaskan di kawasan yang tercemar manakala ion negatif banyak dibebaskan di kawasan yang bersih.
Sekiranya kita menyerap ion negetif, ianya menggalakkan metabolisma sel, meningkatkan kesihatan, membersihkan darah serta efektif untuk mengimbangkan saraf, pemulihan kepenatan dan membaiki selera makan. Oleh itu, ion negatif juga digelar vitamin udara.
(1) Membersihkan darah Ion negatif meningkatkan 5 unsur utama darah (nitrogen, oksigen, kalsium, sodium, dan potasium) membuatkan darah kita lebih berunsur alkali, dan secara tidak langsung membersihkan darah. (2) Pemulihan sel Badan kita mengandungi lebih kurang 6 trilion sel. Sekiranya darah kita mengandungi ion negatif yang banyak (berasaskan alkali), pergerakan sel menjadi aktif dan ion negatif membantu membekalkan nutrisi kepada sel serta membuang bahan-bahan buangan. Dengan ini, sel-sel yang tidak sihat dan sel-sel mati dapat dipulihkan, kalsium ditingkatkan, dan peningkatan kalsium mengaktifkan pergerakkan otot, lebih-lebih lagi otot kardiak, membuatkan jantung lebih kuat. (3) Meningkatkan daya tahan Globulin Gama adalah sejenis protein yang disimpan di dalam serum dan ianya adalah sejenis antibodi. Apabila ion negatif dalam tubuh meningkat, jumlah globulin gama dalam darah turut meningkat. Dengan itu, ianya membantu untuk mengekalkan kesihatan badan dengan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan virus dengan peningkatan antibodi. (4) Meningkatkan kebolehan saraf otonomi Saraf otonomi mengawal organ secara otomatik. Kuantiti ion negatif mengawal sistem saraf otonomi seperti darah serta organ ke tahap yang diperlukan oleh tubuh manusia. Oleh kerana itu, ion negatif menyuburkan sistem saraf, darah dan limpa, dan ianya memainkan peranan yang penting dalam menguatkan fungsinya serta menggalakkan kesuburan. (5) Meredakan kesakitan Ion negatif meningkatkan kalsium berion, menghasilkan endorfin dan ansifalin. Ini membantu memulihkan kelesuan, menguatkan tenaga fizikal, serta membuatkan sel dalam tubuh manusia yang tidak sihat menjadi sihat semula, memperbaiki peredaran darah, dan meredakan kesakitan.
Membiakkan sinar dan cahaya kehidupan, 'Far-Infrared Ray'
Sinaran infra merah jauh adalah sinar infra merah yang berjarak gelombang 25 ke atas. Sinaran infra merah yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang dari kitaran merah sinar yang dapat dilihat dengan mata kasar merupakan sejenis gelombang elektrik yang membawa tindakbalas haba yang tinggi.
Sinaran Infra Merah yang mempunyai jarak gelombang yang pendek dikenali sebagai sinaran infra merah dekat. Sinaran infra merah tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mudah diserap dan mempunyai tindakbalas yang kuat dan getaran yang sensitif terhadap molekul kompaun organik.
Apabila bersentuh dengan sesuatu bahan, sinaran yang berjarak gelombang pendek adalah baik untuk pantulan semula, manakala sinaran yang berjarak gelombang panjang adalah baik untuk penyerapan. Oleh kerana itu, infra merah jarak jauh mempunyai cirri-ciri penyerapan yang kuat, dan ini akan membuat kita berasa suam panas.
Sebagai contoh, kita tidak berasa panas dalam air yang bersuhu 30°C, tetapi kita akan berasa panas sekiranya terkena cahaya matahari yang sama suhunya. Ini adalah kerana sinar infra merah jauh dalam cahaya matahari menembusi jauh ke dalam kulit manusia dan menghasilkan haba.
Tindakbalas haba ini membantu untuk membuang bakteria yang menjadi sebab utama pelbagai penyakit, mengembangkan kapilari untuk peredaran darah, dan menjana sel-sel tisu. Apabila haba tersebut menyentuh kelembapan dan molekul protein yang menghasilkan sel, ianya akan menggetarkan sel 2,000 kali seminit, mengaktifkan sel tisu, dan efektif dalam mengelakkan pelbagai penyakit orang dewasa seperti mengelakkan penuaan, menggalakkan metabolisma, dan mengelakkan kelesuan yang kronik.
Tambahan lagi, sinar infra merah jauh mempunyai tindakbalas ke atas diaforesis, pemulihan kesakitan, pembuangan unsur logam, tidur yang nyenyak, pewangian, mengelakkan pembiakan kulat, pembuangan kelembapan dan pembersihan udara. Atas sebab-sebab ini, sinar infra merah jauh digunakan dalam pelbagai bidang seperti perumahan, bahan bangunan, tekstil, dan kelengkapan perubatan.
1. Mengelakkan Kanser Sel kanser adalah lemah di bawah suhu yang tinggi, pengeluaran darah adalah nyata, dan jumlah hematosil tisu kanser adalah kecil dan sukar untuk membebaskan haba. Enzim yang melawan hidrogen cyanide juga tidak mencukupi. Haba radiasi yang dihasilkan sinaran infra merah adalah efektif kerana ianya bertindak dibawah suhu yang dibenarkan dan tidak merosakkan kitar sel yang normal. Dengan penghasilan enzim oleh sinaran infra merah dan pembaikkan hematosil, anda bebas dari simtom pengeluaran darah berlebihan.
2. Nod Limpa Oleh kerana limpa mengandungi tahap keasidan tinggi akibat konsentrasi ion hidrogen yang rendah, ianya akan merangsangkan saraf, menyebabkan pelbagai stres yang datang bersama kesakitan yang tajam serta paralisis untuk seseorang yang keletihan. Untuk melawannya, sinaran infra merah berjarak gelombang 7-30u sampai ke lapisan hipodermik yang dalam oleh getaran simpatetik, penyerapan serta kuasa penembusan yang mendalam. Oleh itu, apabila suhu di lapisan dalam hipodermik meningkat, perkembangan kapilari dan peraliran darah dapat ditingkatkan.
3. Gastritis, prostat membesar dan hemoroid Bagi rawatan hemoroid, pemeriksaan selama 30 minit dilakukan pada dubur dan pelvis dengan menggunakan kusyen berbentuk 'donut' bersama peralatan terapi infra merah.
4. Ketidakseimbangan menapos Apabila fungsi ovari menurun, pengeluaran estrogen akan berkurangan dan rombakkan berlaku dalam equilibrium hormon di antara kelenjar endokrin yang mengawal fungsi seks. Apabila pembebasan estrogen berkurangan, ketidakseimbangan berlaku di saraf, dan perfungsian darah di hipotalamus; lantas pengendahan pergerakkan darah akan berlaku. Fungsi metabolisma kelenjar pituitari akan berubah dan jumlah hormon perangsang rongga dalam darah atau air kencing akan meningkat.
5. Herpis zoster Sungguhpun kuman penyakit dilonggok sebagai virus, akan tetapi fakta ini masih belum dapat disahkan. Virus penyakit menyerap masuk ke kulit dan saraf, menyebabkan penghasilan lecetan air kecil di kawasan di mana saraf berleluasa dan ianya disusun dalam bentuk kelompok yang berkumpulan. Simtom yang paling buruk ialah ketidakseimbangan mata. Biasanya, ianya akan megambil masa selama 15 hari untuk sembuh. Walaubagaimanapun, ada yang mengambil masa yang lebih lama sehinga beberapa bulan.
6. Sindrom Raynaud dan Lumbago Pelbagai tekanan dan penyakit adalah penyebab lumbago. Sinaran infra merah mempunyai kesan pemanasan yang memanaskan dalaman tubuh manusia, menggalakkan pengaliran darah, serta meredakan saluran darah tersumbat. Dengan ini, sindrom raynaud dan lumbago menjadi mudah untuk dirawati.
7. Lukoria Tiada terapi lain yang menyerlah lebih dari terapi fizikal infra merah untuk pengecutan rahim. Di hospital, sinar inra merah digunakan selepas bayi dilahirkan. Kesan yang baik dapat dilihat untuk lukoria apabila sinaran infra merah digunakan secara berterusan. 7 ke 8 minit setiap sesi dalah baik dan setelah menerima rawatan tersebut, anda akan dapat melihat kesegaran dan peningkatan daya seks.
Kesan Gelombang Otak Semasa Memakai Kalung Ener-G Rafa Berdasarkan ukuran, didapati bahawa ion negetif berkemampuan untuk meningkatkan aktiviti gelombang alfa, meningkatkan keadaan tubuh, serta memperbaiki kebolehan untuk fokus! Sekiranya kita menghidu ion negatif, ianya menggalakkan metabolisma sel dan meningkatkan kesuburan, membersihkan darah yang baik untuk kestabilan saraf, pemulihan kelesuan dan memperbaiki selera makan. Oleh itu, ion negatif digelar vitamin udara.
Gelombang otak alfa dibebaskan semasa tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan stabil atau semasa melakukan aktiviti sukan.
Aktiviti gelombang otak seta pula meningkat semasa dalam tidur yang ringan. Maka dengan hadirnya aktiviti gelombang seta, konsentrasi minda akan berkurangan.
Gelombang otak beta meningkat semasa bangun dari tidur harian.
Suhu Tubuh Berubah semasa Memakai Kalung Ener-G Rafa Haba yang dihasilkan dari tubuh manusia dapat dikesan apabila darah mengalir di bahagian bawah kulit. Apabila kadar aliran darah bertambah, suhu turut meningkat. Apabila kadar aliran darah berkurangan, suhu tubuh juga turut akan menurun. Peningkatan kadar aliran darah bermakna aliran darah menjadi lebih baik. Dalam kes ini, kita dapat perhatikan peraliran darah yang sekata.
Semasa memakai Kalung Ener-G Rafa, kawasan keliling leher menunjukkan peningkatan aktiviti (perhatikan perbezaan dari atas ke permukaan gambar). Gambarajah di bawah menunjukkan peningkatan aliran darah serta suhu badan.
Perubahan Sel Darah Merah semasa Memakai Kalung Ener-G Rafa
Kedua-dua gambar di atas menunjukkan contoh sel darah merah. Gambar di sebelah kiri menunjukkan sel darah yang berkelompok; akibat merokok, pengambilan arak, dan kesan pemakanan lain.
Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan keadaan sel darah merah semasa memakai Kalung Ener-G Rafa. Ion Negatif membantu menghuraikan sel darah merah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.
| |
No comments:
Post a Comment