Anda Bahagia, Isteri Anda Bahagia, Malaysia Bahagia Dengan Tricajus
Melayari bahtera rumah tangga memang banyak cabarannya. Ada kala lautan tenang maka kapten kapal bolehlah minum kopi sambil mengemudi. Tapi lautan tak selalu tenang. Ada kala gelombang mendatang, ada kala lanun menyerang. Macam-macamlah ragam orang yang menaiki kapal perkahwinan ni. Tiada siapa dapat menjangka apa habuan untuk dirinya esoknya. Yang elok berpangkat tinggi, tiba-tiba diberhentikan kerja. Elok-elok memacu kerjaya, tiba-tiba penyakit yang tidak diundang tiba. Tetapi, semua masalah ada penyelesaiannya, kecuali mati. Itu dah jadi masalah di dunia lainlah. Kita bercakap tentang dunia Adam sini. Kali ni saya nak bercakap tentang satu penemuan, mungkin tak baru, tapi baru bagi saya. Ada kawan saya (macam kenal je taktik ni), dah empat tahun mengidap penyakit kencing manis. Dia menceritakan, pernah satu hari semasa memandu kereta dia rasa pening-pening. Kebetulan dia lalu di hadapan Pusat Rawatan Islam, Jln. Ipoh. Lalu dia berhenti dan terasa nak pergi jumpa doktor. Buatlah pemeriksaan. Tup, tup, masya allah, bacaan gula dalam darahnya tak dapat dikesan oleh alat penyukat gula. Rupa-rupanya tahap gula dalam darahnya terlalu tinggi sampai meter pun tak boleh baca! Kesian kat dia, barangkali isteri dia bagi makan gula banyak kot. Bancuh kopi pun secawan mau dekat 3 sudu gula. Hari tu, dia kena cucuk 2 batang jarum insulin baru doktor lepaskan dia balik. Mujur dia tak pengsan masa bawa kereta. Kalau tidak tak taulah...dah jadi arwah kot sekarang ni. Haaa...bila dah terhantuk baru nak hati-hati. Carilah macam-macam ubat. Jumpa juga ubat tu. Mula-mula beli kat doktor tapi bila dah terror sikit beli kat farmasi je. Nama ubat pun dah hafal. Tapi.... Gula memanglah turun dengan mendadaknya, masalahnya...!!! Isteri dia pulak komplen. Kata gula dah turun tapi bila balik ke rumah asyik terlentuk. Sekejap lagi berdengkurlah dia. Sehari dua, tak kisahlah sang isteri tu. Buat seminggu dua, jadi singa betinalah dia. Mengaum, menerkam, tapi si suaminya mata kuyu je. Entah apa yang dia mimpi tak taulah. Singa depan mata pun nampak macam cacing je. Tak boleh jadi ni. Kan kita bercakap tentang bahtera rumah tangga. Bila dah nampak gelombang lautan dah mula nak menggunung si kapten pun cepat-cepat sms ke/wayarles ke/radio ke member-member minta pertolongan. Secara kebetulan adalah kawan kepada kawan ni terdengar masalah ni. Dia pun beri bantuan berdasarkan pengalaman kawan dia yang ada penyakit diabetes ni dan waktu yang sama tidak berdaya, tewas sebelum peperangan, (halus benar Bahasa Melayu ni ya- kalau Bahasa Inggeris senang je - sexual dysfunction). Kawan yang seberpenyakit dengannya telah mengamalkan makanan kesihatan, Tricajus. Tricajus diambil setiap pagi sebelum sarapan. Tapi kalau nak cepat kesannya makan sebelum sarapan 1 bungkus dan 1 bungkus sebelum tidur. Tapi takut pagi esok bila ke pejabat asyik jumpa doktor tan(das) je. Eloklah beransur-ansur dulu, makan 1 bungkus sebelum sarapan. Caranya, tuangkan sebungkus ke dalam air sejuk (suhu bilik), kacau dan terus minum. Sedap rasanya macam jus limau. Mula-mula amalkan, memang buang air besar pun laju macam air je. Tapi lepas tu, bergantung kepada individu (ada selepas 3 kali makan dah berkesan, ada yang sebulan dsbnya.), singa betina tadi tu dah tak jadi singa dah. Singa dah jadi manusia, senyum pun melebar. Buat kerja rumah pun laju je. Kawan saya tu terus mengamalkan sehingga ke bulan kedua. Yang terbaru saya dengar, (umurnya dah menjangkau 50), naik tangga pejabat pun berlari, tak perlu pegang railing tangga dah. Jadi, apakah rahasia Tricajus ni. Nilah saya rasa terpanggil untuk kongsi bersama untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Saya ceritakan ni untuk kebahagiaan suami isteri, bukan boyfriend/girlfriend, sugar daddy, gigolo bla,bla,bla. Saya berlepas tangan kalau orang-orang berkenaan bila amalkan pemakanan sihat ni terlibat dalam gejala tak sihat. Saya tak nak tanggung ye. Akar Maca (Tricajus), juga dikenali sebagai Peruvian Ginseng atau natural viagra, yang tumbuh secara organik berasal dari Peru. Ia dianggap oleh penyelidik-penyelidik terulung sebagai ADAPTOGEN yang sebenar dan dicanangkan sebagai \" Makanan Terunggul Andes \"oleh industri produk semulajadi. Salah satu ramuan utamanya, Lepadium Peruvianum Chacon,
Reaksi Selepas Minum Tricajus * Ini hanyalah panduan umum sahaja, tindak balas mungkin berbeza mengikut badan individu.
Jadi bagi anda yang ingin mendapatkan produk ini atau ingin mencuba produk ini, produk ini boleh dibeli dalam satu set yang mengandungi 30 paket Tricajus (cukup untuk keperluan 1 bulan @ 1 hari/peket). Untuk pembelian kuantiti kecil, Tricajus dijual dalam 3 paket. Harga adalah seperti berikut:
Penghantaran pos adalah percuma bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Untuk membuat tempahan, ikuti 3 langkah berikut dan insya allah, produk ini akan sampai kepada anda (Kami mengambil masa 3 hari bekerja untuk memproses tempahan): 1. Tentukan kuantiti yang hendak dipesan. 2. Buat bayaran melalui mesin deposit wang tunai Maybank ke akaun: 3. Hantar SMS ke 017-3756951 dengan butiran: Tricajus <Jumlah kotak> <RM> <Tarikh/Masa> <No. Resit> <Nama> <Alamat> Contoh: 1 RM250 1/3/09 1234567899 Hanif b. Osman No.7, Jln. Bestari 3, Kpg. Sri Aman, Jika anda berminat menjadi ahli menjual produk ini hubungi 012-6767065 |
No comments:
Post a Comment